Followers

Thursday, May 29, 2008

Lawatan ke Krabi II








27 Mei 2008
3.30 petang
Perjalanan kami diteruskan ke sebuah sekolah iaitu Uttayan Suksa Krabi, sebuah sekolah yang mempunyai pelajar seramai 1,852 orang pelajar yang merangkumi peringkat tadika, rendah dan menengah. Dipimpin oleh Tuan Guru Haji Ismail Hayyayan, kami dimaklumkan sekolah berkenaan bermula dengan sebuah kelas kecil 8 tahun lalu, akhirnya berjaya membina sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan Islam yang moden serta turut mengekalkan sistem pembelajaran pondok.
Jumlah masyarakat Islam yang ramai di sekitar kawasan berkenaan merupakan antara faktor kewujudan sekolah ini. Selain itu ketiadaan institusi pendidikan Islam di sana memberi kesan kepada kehilangan identiti Islam serta mendedahkan mereka kepada pengaruh masyarakat bukan Islam yang dominan di sana.
Atas kesedaran ini pihak sekolah bertekad untuk membina institusi yang dapat mendidik masyarakat tentang Islam. Secara perlahan-lahan peranan sekolah telah memperlihatkan hasil. Atas usaha gigih mereka juga sekolah ini telah berjaya mendapat penilaian tahap terbaik dari segi pendidikan oleh pihak berkuasa Thailand. Harapan dan doa kami serta seluruh warga Adni agar usaha gigih mereka terus dipermudahkan Allah serta beroleh kejayaan.
Seperti sekolah-sekolah Islam yang lain di sini, sekolah ini juga tidak mengenakan apa-apa yuran kepada pelajar. Sebaliknya sumber kewangan daripada pihak kerajaan serta hasil jualan di sekolah bagi menampung kos operasi mereka.

No comments: