Followers

Wednesday, August 6, 2008

LAWATAN KE PHUKET

I. PHUKET DARUL VITHIYA



Kehadiran kami di Krabi telah sampai ke pengetahuan Ustaz Abdul Qasim juga pengetua salah sebuah sekolah agama di Krabi. Beliau beberapa kami memujuk kami untuk melawat sekolahnya namun disebabkan kepadatan jadual kami yang perlu bertolak segera ke Phuket kerana kami direncana tiba di sana menjelang tengah hari. Walau bagaimanapun pihak kami akur dengan desakkannya untuk menjamu kami sarapan.

Nampaknya rezeki kami begitu murah di sini, malah sampai ke hari it
u kami belum lagi mengeluarkan wang untuk perbelanjaan makanan. Lagipun memenuhi hajat orang dalam hal-hal sebegini bukan sukar untuk dipenuhi!

Dalam perjalanan mengambil masa selama 5 jam dari Krabi ke Phuket menuju ke Muslim Phuket School, Ustaz Aziz mencadangkan kami membuat lawatan ringkas ke sebuah sekolah agama atau pondok moden terletak di wilayah Phang Nga yang baru beroperasi awal tahun ini. Pondok berkenaan atau Sekolah Phuket Darul Vithiya merupakan cawangan Pondok Darul Vithiya di Chenak sebuah pondok yang terkenal di sana dalam melahirkan para ulama.



Pondok berkenaan masih dalam proses pembinaan beberapa bahagian namun telah mempunyai 40 orang pelajar yang ditempatkan dalam satu kelas. Meskipun dengan segala kekurangan dan kesukaran, pelajar tekun menimba ilmu daripada guru-guru meraka. Sekolah berkenaan menyediakan pendidikan akademik seperti sekolah harian bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Namun pada petang hingga malam mereka akan menyambung pengajian mengikut sukatan pendidikan pondok. Semua pelajar di sana diwajibkan tinggal di pondok.


Menurut pengetua pondok berkenaan Tuan Haji Abdul Rashid, pihaknya menjangkakan tempatnya mampu menampung sehingga 400 orang pelajar. Beliau turut memaklumkan bahawa semua pelajar berumur dari 12 tahun dan mempunyai 20 orang guru.

No comments: