Followers

Wednesday, August 6, 2008

Mentari Merah Di Liem Phrongtiep

Kami turut berkesempatan menikmati panorama indah terbenamnya matahari di Liem Phrongtiep salah suatu kawasan yang popular di sini. Kehadiran kami bersama ratusan manusia lain ingin mengambil kesempatan melihat matahari terbenam di bumi Thailand. Sebelum matahari terbenam sempat pula Ustaz Hassan mengajak kami ‘berposing’. Beliau yang semakin ‘mesra’ dengan kamera tidak melepaskan peluang membuat beberapa gaya yang menarik bagi tatapan peribadi serta sedikit buat warga Adni.

LAWATAN KE PHUKET II

II. MUSLIM PHUKET SCHOOL (MUSLIM WITTAYA PHUKET)


Ketibaan kami di sekolah agak sedikit lewat oleh itu kami terus dibawa untuk makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak sekolah berkenaan. Sesuatu yang menarik di mana-mana pun kami makan di Thailand, pasti ada tomyam serta pencuci mulutnya, buah limau dan rambutan turut tidak pernah terlupa ais batu kosong.


Sesuatu yang agak menarik di sini, kehadiran kami telah mendapat maklum oleh pegawai daerah Phuket. Walau agak sibuk beliau masih mampu meluang sedikit masa membuat kunjungan ringkas untuk bertemu kami terutama Ustaz Aziz yang merupakan guru beliau pada suatu ketika dahulu.

Dalam sesi bersama pengurusan sekolah berkenaan, Encik Yusof yang merupakan mudir sekolah berkenaan menyatakan kegembiraan atas lawatan hormat 2 buah sekolah ke sekolahnya. Dengan rendah hati beliau tidak menganggap mereka sebagai sekolah yang terbaik. Malah mereka turut ingin mengutip ilmu dari sekolah-sekolah lain seperti di Malaysia. Namun kami dimaklumkan pihak sekolah berkenaan pernah membuat lawatan di beberapa buah sekolah dan universiti di Malaysia.

LAWATAN KE PHUKET

I. PHUKET DARUL VITHIYA



Kehadiran kami di Krabi telah sampai ke pengetahuan Ustaz Abdul Qasim juga pengetua salah sebuah sekolah agama di Krabi. Beliau beberapa kami memujuk kami untuk melawat sekolahnya namun disebabkan kepadatan jadual kami yang perlu bertolak segera ke Phuket kerana kami direncana tiba di sana menjelang tengah hari. Walau bagaimanapun pihak kami akur dengan desakkannya untuk menjamu kami sarapan.

Nampaknya rezeki kami begitu murah di sini, malah sampai ke hari it
u kami belum lagi mengeluarkan wang untuk perbelanjaan makanan. Lagipun memenuhi hajat orang dalam hal-hal sebegini bukan sukar untuk dipenuhi!

Dalam perjalanan mengambil masa selama 5 jam dari Krabi ke Phuket menuju ke Muslim Phuket School, Ustaz Aziz mencadangkan kami membuat lawatan ringkas ke sebuah sekolah agama atau pondok moden terletak di wilayah Phang Nga yang baru beroperasi awal tahun ini. Pondok berkenaan atau Sekolah Phuket Darul Vithiya merupakan cawangan Pondok Darul Vithiya di Chenak sebuah pondok yang terkenal di sana dalam melahirkan para ulama.



Pondok berkenaan masih dalam proses pembinaan beberapa bahagian namun telah mempunyai 40 orang pelajar yang ditempatkan dalam satu kelas. Meskipun dengan segala kekurangan dan kesukaran, pelajar tekun menimba ilmu daripada guru-guru meraka. Sekolah berkenaan menyediakan pendidikan akademik seperti sekolah harian bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Namun pada petang hingga malam mereka akan menyambung pengajian mengikut sukatan pendidikan pondok. Semua pelajar di sana diwajibkan tinggal di pondok.


Menurut pengetua pondok berkenaan Tuan Haji Abdul Rashid, pihaknya menjangkakan tempatnya mampu menampung sehingga 400 orang pelajar. Beliau turut memaklumkan bahawa semua pelajar berumur dari 12 tahun dan mempunyai 20 orang guru.