Followers

Thursday, May 29, 2008

Lawatan ke Krabi II








27 Mei 2008
3.30 petang
Perjalanan kami diteruskan ke sebuah sekolah iaitu Uttayan Suksa Krabi, sebuah sekolah yang mempunyai pelajar seramai 1,852 orang pelajar yang merangkumi peringkat tadika, rendah dan menengah. Dipimpin oleh Tuan Guru Haji Ismail Hayyayan, kami dimaklumkan sekolah berkenaan bermula dengan sebuah kelas kecil 8 tahun lalu, akhirnya berjaya membina sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan Islam yang moden serta turut mengekalkan sistem pembelajaran pondok.
Jumlah masyarakat Islam yang ramai di sekitar kawasan berkenaan merupakan antara faktor kewujudan sekolah ini. Selain itu ketiadaan institusi pendidikan Islam di sana memberi kesan kepada kehilangan identiti Islam serta mendedahkan mereka kepada pengaruh masyarakat bukan Islam yang dominan di sana.
Atas kesedaran ini pihak sekolah bertekad untuk membina institusi yang dapat mendidik masyarakat tentang Islam. Secara perlahan-lahan peranan sekolah telah memperlihatkan hasil. Atas usaha gigih mereka juga sekolah ini telah berjaya mendapat penilaian tahap terbaik dari segi pendidikan oleh pihak berkuasa Thailand. Harapan dan doa kami serta seluruh warga Adni agar usaha gigih mereka terus dipermudahkan Allah serta beroleh kejayaan.
Seperti sekolah-sekolah Islam yang lain di sini, sekolah ini juga tidak mengenakan apa-apa yuran kepada pelajar. Sebaliknya sumber kewangan daripada pihak kerajaan serta hasil jualan di sekolah bagi menampung kos operasi mereka.

Lawatan ke Krabi II

27 Mei 2008

3.30 petang



Kami tiba di Krabi Utayan Suksa sebuah sekolah Islam yang juga berkonsepkan pondok moden.

Lawatan ke Krabi
























































27 Mei 2008




















Kami memulakan perjalanan ke Krabi jam 9.30pagi. Perjalanan ke Krabi selama 5 jam. Perjalanan ke Krabi bertunjuan melawat 2 sekolah agama di sini iaitu Ekaphap Islamic School dan Utayan Suksa Foundation School. Kami tiba di Ekhaphap Islamic School pada jam 2 petang. Ketika kami tiba pihak sekolah telah menyediakan makan tengah hari. Boleh dikatakan sepanjang berada di sini belum ada lagi hidangan tanpa tomyam. Semua menu di sini pasti ada tomyam. Ekhaphap sebuah sekolah berkonsep pondok moden yang menyediakan pendidikan menengah sahaja. Permintaan sangat tinggi bagi masyarakat Islam di sini untuk sekolah agama, namun keupayaan mereka embina sekolah agak terbatas dari segi kewangan. Ekhaphap diurus oleh Tuan Haji Kamil dan dibantu oleh guru-guru lain seperti Ustaz Fauzi. Kebanyakan guru disini boleh berbahasa Melayu kerana mendapat pendidikan di Pattani

Tuesday, May 27, 2008

Ikan Bakar!!







Jamuan ikan bakar tetap diadakan juga pada malam itu juga.

Malam di Hatyai & Chenak





































Setelah lawatan di sekolah Cheriatan, Pengerusi sekolah mencadangkan kami ke Hatyai untuk membeli-belah. Rancangan awal kami akan makan malam di tepi pantai
iaitu jamuan ikan, udang bakar dan lain-lain makanan laut. Tetapi pengerusi menjamu kami makan malam di Restoran Sami Kitchen dengan makanan Thai. Namun majlis jamuan ikan bakar dan makanan laut yang lain tetap diteruskan. Bayangkan bagaimana kami di sini kekenyangan.

Lawatan Ke Sekolah Cheriatan Suksa Chenak

Setelah makan tengah hari rombongan Adni dibawa ke Sekolah Chariyatamsuksa, Chenak sebagai lawatan pertama kami. Tanpa kami sangka ketibaan kami dinantikan dan dialu-alukan oleh Pengerusi sekolah berkenaan Ustaz Abdul Aziz Haji Yusof serta puluhan pelajar dan kakitangan sekolah. Kami diberi taklimat tentang sekolah, perkembangan akademik dan kokurikulum serta program perancangan masa depan sekolah berkenaan. Sekolah yang memulakan sesi akademiknya sejak November 1996 ini, mempunyai pelajar seramai 950 orang iaitu seramai 602 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Manakala jumlah gurunya pula melebihi 50 orang.
Melalui sesi berkenaan kami dimaklumkan tentang kesulitan yang dihadapi mereka berkaitan dengan pendidikan bahasa Inggeris. Pihak sekolah sedang dalam usaha memantapkan bahasa Inggeris di sekolah berkenaan. Namun kesukaran mendapatkan pendidik dalam bidang berkenaan mengekang usaha mereka. Ketika ini sekolah berkenaan terpaksa menggajikan 2 orang guru bukan Islam yang berasal dari Filipina. Pihak sekolah berkenaan amat berharap dengan hubungan dengan Adni, sesuatu dapat dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

Program Thailand I











Salam








Ini beberapa gambar kami pada hari pertama di Thailand

Sunday, May 25, 2008

SAWADEE!!

Setelah lebih sebulan, saya, Ustaz Maceeda (Muttaqin Development Centre) dan Ustaz Hassan Etae (International Student Programme) merancang Program Ukhuwah Malaysia-Thailand hari yang ditunggu tiba jua. Program yang mengambil masa selama 7 hari ini bertujuan mengikat tali ukhuwah antara warga Adni dengan masyarakat di sana terutama sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok pendidikan.
Selain kami, turut bersama ialah Puan Badariah (Deputy Principle II & QA Manager), Ustaz Zubir (Tahfiz Dept.), Drs. Harun (R&D Dept.), dan Ustaz Rozi (Deputy Headmaster II & Dicipline Master).

Perjalanan kami ini akan melibatkan 3 lokasi utama iaitu Chenak @ Chana, Krabi dan Phuket. Dengar khabarnya pihak di Thailand sangat ternanti-nanti kehadiran warga Adni. Tambahan beberapa buah sekolah di sana telah mengadakan MOU dengan pihak sekolah. Malah lawatan ini turut dijadikan peluang kepada ibu bapa pelajar Adni di Thailand untuk mengenali kami. Sebagaimana maklum Adni kini mempunyai lebih 20 orang pelajar dari serata Thailand. Malah dikhabarkan lebih ramai lagi yang berminat untuk mengetahui tentang Adni dalam kalangan masyarakat di sana.
Hari ini 25 Mei 2008, kami akan bertolak jam 10.30 malam dan dijangka tiba di Hatyai menjelang Subuh. Kami berharap agar perjalanan mendapat rahmat Illahi dan mencapai matlamatnya. Doakan kami!
Badrol Hisham Ismail
Head of Bahasa Melayu Department
*Blog ini boleh diakses di http://www.adni.edu.my/

Saturday, May 24, 2008

JAMUAN MAKAN MALAM HARI GURU 2008




Pada malam 23 Mei 2008, pihak sekolah telah meraikan para guru di majlis makan malam bertempat di De Palma, Ampang. Rasa bertuah pun ada, gembira pun ada. Namun majlis yang berlangsung agak lewat disebabkan hujan yang turun dengan lebat pada petangnya telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di sekitar Ampang dan mungkin seluruh Kuala Lumpur. Malah saya sendiri yang jarak perjalanan dari rumah hanya sekitar 5km telah mengambil masa selama hampir sejam. Namun semua itu berbaloi apabila majlis bermula.

Gimik pada malam tersebut memang menjadi apabila juruacara, Ustaz Mahadi Hassan menjemput Sir Dwen yang merupakan penyanyi terkenal 80an sebagai pengacara bersama pada malam itu. Sir Dwen yang juga merupakan guru Taekwon-do do Adni memulakan majlis dengan menyanyikan lagu terkenalnya Suatu Penantian telah membawa kebanyakan penonton mengimbau nostalgia silam. Ternyata meskipun sejak 19 tahun tidak membuat sebarang penampilan di pentas, beliau tidak mengecewakan kami. Malah suaranya tetap 'maintain' macam dulu-dulu. Malah kami kini ternanti-nanti albumnya yang ke-6, harap-harap kali ini dalam genre nasyid pula.

Lebih menarik pada malam itu saya ditempatkan di meja VIP. Memang bangga pun ada tetapi tidaklah sampai riak. Cuma berada di meja begini kurang enjoy sedikit sebab kena kontrol kelakuan sikit. Leceh! Seronok tengok kawan-kawan di meja lain nampak happy. Ada yang bertambah-tambah seleranya. Saya hendak tambah pun rasa malu. Tapi. tambah juga!

Selamat Hari Guru




Setiap tahun sudah menjadi tradisi di Adni kami akan menyambut Hari Guru pada hari terakhir sebelum cuti semester. Entah mengapa sambutan tahun ini agak hambar kerana ramai pelajar yang tidak hadir. Mungkin keletihan sebab semalam sibuk membuat jamuan untuk guru-guru dan rakan-rakan.



Bagi saya itu semua tidak penting yang penting pelajar terus bersemangat untuk menimba ilmu serta berusaha menjadi yang terbaik. Malah yang lebih pelajar Adni akan menjadi insan kamil yang berbakti kepada umat Islam kelak. Program yang dipengerusikan Ustaz Zulkifli Hashim berjalan dengan sempurna. Maklumlah Ustaz Zul memang orang yang berpengalaman dalam bidang ini.



Antara acara yang menarik pada hari tersebut sudah tentulah pertandingan perbahasan antara guru lelaki dengan guru perempuan. Debat bertajuk: Guru Wanita Lebih Berketrampilan Berbanding Guru Lelaki. Mendengar tajuknya sahaj sudah menakutkan saya. Sebab itu awal-awal lagi saya menolak apabila ditawarkan. Bukan apa takut nanti berkonflik pula dengan isteri yang juga seorang guru. Lagipun tidak tergamak rasanya setelah melihat isteri saya yang lebih bersungguh-sungguh membuat persiapan pengajaran di rumah.


Walau apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi saguhati buat semua kakitangan Adni. Sememangnya pengurusan sekolah sangat pemurah kerana setiap tahun kami senitasa menerima berita yang gembira. Saya mendoakan agar Adni terus sukses yang diberkati Allah.