Followers

Wednesday, February 2, 2011

Buat je!


Saya pernah menjadi pemandu van kilang di Pulau Pinang. Saya juga pernah menjadi guru tuisyen di Batu Gajah dalam masa yang sama saya juga pernah menjual nasi lemak dan nasi berlauk yang lain serta memasaknya sendiri. Saya juga pernah menjadi pemandu pelancongan di Kuala Lumpur.

Malah kini saya menjadi guru di sekolah swasta serta telah menjalankan perniagaan kecil-kecilan sejak tahun 2007.

Setiap yang saya lakukan pasti dua perkataan yang sering terucap di minda saya, "Buat je...". Bagi kebanyakan kita kata-kata sebegini hanya ungkapan biasa. Bagi saya yang pernah melalui pelbagai pengalaman kerja di atas, saya dapat rasakan maksud kata-kata itu.

Dalam kebanyakan perkara yang pernah saya lakukan, menjadi pemandu pelancong sejak Ogos 2001 hingga tahun 2003, adalah tugas yang paling mencabar dalam hidup saya. Saya sebenarnya langsung tidak mengetahui tentang jalan di Kuala Lumpur malah tahap penguasaan bahasa Inggeris saya juga agak lemah. Namun sesuatu yang membisik di telinga saya "Buat je.." menjadi perangsang untuk saya mencuba.

Setelah sesi persekolahan bermula, saya mewajibkan semua pelajar menyediakan dua catatan seminggu. Bekas pelajar yang pernah belajar dengan saya mungkin sedia maklum. Sudah tentu ramai yang merungut susah dan tidak ada idea. Bagi saya seseorang itu tidak akan hebat jika menulis tetapi akan menjadi luar biasa jika sering menulis. Pesan saya kepada pelajar tersayang.... buat je!

Mesej ini khusu untuk pelajar 3A, 2A dan 1C.