Followers

Sunday, May 25, 2008

SAWADEE!!

Setelah lebih sebulan, saya, Ustaz Maceeda (Muttaqin Development Centre) dan Ustaz Hassan Etae (International Student Programme) merancang Program Ukhuwah Malaysia-Thailand hari yang ditunggu tiba jua. Program yang mengambil masa selama 7 hari ini bertujuan mengikat tali ukhuwah antara warga Adni dengan masyarakat di sana terutama sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok pendidikan.
Selain kami, turut bersama ialah Puan Badariah (Deputy Principle II & QA Manager), Ustaz Zubir (Tahfiz Dept.), Drs. Harun (R&D Dept.), dan Ustaz Rozi (Deputy Headmaster II & Dicipline Master).

Perjalanan kami ini akan melibatkan 3 lokasi utama iaitu Chenak @ Chana, Krabi dan Phuket. Dengar khabarnya pihak di Thailand sangat ternanti-nanti kehadiran warga Adni. Tambahan beberapa buah sekolah di sana telah mengadakan MOU dengan pihak sekolah. Malah lawatan ini turut dijadikan peluang kepada ibu bapa pelajar Adni di Thailand untuk mengenali kami. Sebagaimana maklum Adni kini mempunyai lebih 20 orang pelajar dari serata Thailand. Malah dikhabarkan lebih ramai lagi yang berminat untuk mengetahui tentang Adni dalam kalangan masyarakat di sana.
Hari ini 25 Mei 2008, kami akan bertolak jam 10.30 malam dan dijangka tiba di Hatyai menjelang Subuh. Kami berharap agar perjalanan mendapat rahmat Illahi dan mencapai matlamatnya. Doakan kami!
Badrol Hisham Ismail
Head of Bahasa Melayu Department
*Blog ini boleh diakses di http://www.adni.edu.my/

No comments: