Followers

Saturday, May 24, 2008

Selamat Hari Guru




Setiap tahun sudah menjadi tradisi di Adni kami akan menyambut Hari Guru pada hari terakhir sebelum cuti semester. Entah mengapa sambutan tahun ini agak hambar kerana ramai pelajar yang tidak hadir. Mungkin keletihan sebab semalam sibuk membuat jamuan untuk guru-guru dan rakan-rakan.



Bagi saya itu semua tidak penting yang penting pelajar terus bersemangat untuk menimba ilmu serta berusaha menjadi yang terbaik. Malah yang lebih pelajar Adni akan menjadi insan kamil yang berbakti kepada umat Islam kelak. Program yang dipengerusikan Ustaz Zulkifli Hashim berjalan dengan sempurna. Maklumlah Ustaz Zul memang orang yang berpengalaman dalam bidang ini.



Antara acara yang menarik pada hari tersebut sudah tentulah pertandingan perbahasan antara guru lelaki dengan guru perempuan. Debat bertajuk: Guru Wanita Lebih Berketrampilan Berbanding Guru Lelaki. Mendengar tajuknya sahaj sudah menakutkan saya. Sebab itu awal-awal lagi saya menolak apabila ditawarkan. Bukan apa takut nanti berkonflik pula dengan isteri yang juga seorang guru. Lagipun tidak tergamak rasanya setelah melihat isteri saya yang lebih bersungguh-sungguh membuat persiapan pengajaran di rumah.


Walau apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi saguhati buat semua kakitangan Adni. Sememangnya pengurusan sekolah sangat pemurah kerana setiap tahun kami senitasa menerima berita yang gembira. Saya mendoakan agar Adni terus sukses yang diberkati Allah.


1 comment:

aiman said...

cikgu.yg catatan pasal hari guru 2 x brapa nampak sgt psal warna dia terlalu cerah.slau sket