Followers

Tuesday, May 27, 2008

Lawatan Ke Sekolah Cheriatan Suksa Chenak

Setelah makan tengah hari rombongan Adni dibawa ke Sekolah Chariyatamsuksa, Chenak sebagai lawatan pertama kami. Tanpa kami sangka ketibaan kami dinantikan dan dialu-alukan oleh Pengerusi sekolah berkenaan Ustaz Abdul Aziz Haji Yusof serta puluhan pelajar dan kakitangan sekolah. Kami diberi taklimat tentang sekolah, perkembangan akademik dan kokurikulum serta program perancangan masa depan sekolah berkenaan. Sekolah yang memulakan sesi akademiknya sejak November 1996 ini, mempunyai pelajar seramai 950 orang iaitu seramai 602 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Manakala jumlah gurunya pula melebihi 50 orang.
Melalui sesi berkenaan kami dimaklumkan tentang kesulitan yang dihadapi mereka berkaitan dengan pendidikan bahasa Inggeris. Pihak sekolah sedang dalam usaha memantapkan bahasa Inggeris di sekolah berkenaan. Namun kesukaran mendapatkan pendidik dalam bidang berkenaan mengekang usaha mereka. Ketika ini sekolah berkenaan terpaksa menggajikan 2 orang guru bukan Islam yang berasal dari Filipina. Pihak sekolah berkenaan amat berharap dengan hubungan dengan Adni, sesuatu dapat dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

No comments: