Ketibaan kami di sekolah agak sedikit lewat oleh itu kami terus dibawa untuk makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak sekolah berkenaan. Sesuatu yang menarik di mana-mana pun kami makan di Thailand, pasti ada tomyam serta pencuci mulutnya, buah limau dan rambutan turut tidak pernah terlupa ais batu kosong.
Dalam sesi bersama pengurusan sekolah berkenaan, Encik Yusof yang merupakan mudir sekolah berkenaan menyatakan kegembiraan atas lawatan hormat 2 buah sekolah ke sekolahnya
. Dengan rendah hati beliau tidak menganggap mereka sebagai sekolah yang terbaik. Malah mereka turut ingin mengutip ilmu dari sekolah-sekolah lain seperti di Malaysia. Namun kami dimaklumkan pihak sekolah berkenaan pernah membuat lawatan di beberapa buah sekolah dan universiti di Malaysia.
No comments:
Post a Comment