Followers

Thursday, May 29, 2008

Lawatan ke Krabi II








27 Mei 2008
3.30 petang
Perjalanan kami diteruskan ke sebuah sekolah iaitu Uttayan Suksa Krabi, sebuah sekolah yang mempunyai pelajar seramai 1,852 orang pelajar yang merangkumi peringkat tadika, rendah dan menengah. Dipimpin oleh Tuan Guru Haji Ismail Hayyayan, kami dimaklumkan sekolah berkenaan bermula dengan sebuah kelas kecil 8 tahun lalu, akhirnya berjaya membina sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan Islam yang moden serta turut mengekalkan sistem pembelajaran pondok.
Jumlah masyarakat Islam yang ramai di sekitar kawasan berkenaan merupakan antara faktor kewujudan sekolah ini. Selain itu ketiadaan institusi pendidikan Islam di sana memberi kesan kepada kehilangan identiti Islam serta mendedahkan mereka kepada pengaruh masyarakat bukan Islam yang dominan di sana.
Atas kesedaran ini pihak sekolah bertekad untuk membina institusi yang dapat mendidik masyarakat tentang Islam. Secara perlahan-lahan peranan sekolah telah memperlihatkan hasil. Atas usaha gigih mereka juga sekolah ini telah berjaya mendapat penilaian tahap terbaik dari segi pendidikan oleh pihak berkuasa Thailand. Harapan dan doa kami serta seluruh warga Adni agar usaha gigih mereka terus dipermudahkan Allah serta beroleh kejayaan.
Seperti sekolah-sekolah Islam yang lain di sini, sekolah ini juga tidak mengenakan apa-apa yuran kepada pelajar. Sebaliknya sumber kewangan daripada pihak kerajaan serta hasil jualan di sekolah bagi menampung kos operasi mereka.

Lawatan ke Krabi II

27 Mei 2008

3.30 petang



Kami tiba di Krabi Utayan Suksa sebuah sekolah Islam yang juga berkonsepkan pondok moden.

Lawatan ke Krabi
























































27 Mei 2008




















Kami memulakan perjalanan ke Krabi jam 9.30pagi. Perjalanan ke Krabi selama 5 jam. Perjalanan ke Krabi bertunjuan melawat 2 sekolah agama di sini iaitu Ekaphap Islamic School dan Utayan Suksa Foundation School. Kami tiba di Ekhaphap Islamic School pada jam 2 petang. Ketika kami tiba pihak sekolah telah menyediakan makan tengah hari. Boleh dikatakan sepanjang berada di sini belum ada lagi hidangan tanpa tomyam. Semua menu di sini pasti ada tomyam. Ekhaphap sebuah sekolah berkonsep pondok moden yang menyediakan pendidikan menengah sahaja. Permintaan sangat tinggi bagi masyarakat Islam di sini untuk sekolah agama, namun keupayaan mereka embina sekolah agak terbatas dari segi kewangan. Ekhaphap diurus oleh Tuan Haji Kamil dan dibantu oleh guru-guru lain seperti Ustaz Fauzi. Kebanyakan guru disini boleh berbahasa Melayu kerana mendapat pendidikan di Pattani

Tuesday, May 27, 2008

Ikan Bakar!!







Jamuan ikan bakar tetap diadakan juga pada malam itu juga.

Malam di Hatyai & Chenak





































Setelah lawatan di sekolah Cheriatan, Pengerusi sekolah mencadangkan kami ke Hatyai untuk membeli-belah. Rancangan awal kami akan makan malam di tepi pantai
iaitu jamuan ikan, udang bakar dan lain-lain makanan laut. Tetapi pengerusi menjamu kami makan malam di Restoran Sami Kitchen dengan makanan Thai. Namun majlis jamuan ikan bakar dan makanan laut yang lain tetap diteruskan. Bayangkan bagaimana kami di sini kekenyangan.

Lawatan Ke Sekolah Cheriatan Suksa Chenak

Setelah makan tengah hari rombongan Adni dibawa ke Sekolah Chariyatamsuksa, Chenak sebagai lawatan pertama kami. Tanpa kami sangka ketibaan kami dinantikan dan dialu-alukan oleh Pengerusi sekolah berkenaan Ustaz Abdul Aziz Haji Yusof serta puluhan pelajar dan kakitangan sekolah. Kami diberi taklimat tentang sekolah, perkembangan akademik dan kokurikulum serta program perancangan masa depan sekolah berkenaan. Sekolah yang memulakan sesi akademiknya sejak November 1996 ini, mempunyai pelajar seramai 950 orang iaitu seramai 602 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Manakala jumlah gurunya pula melebihi 50 orang.
Melalui sesi berkenaan kami dimaklumkan tentang kesulitan yang dihadapi mereka berkaitan dengan pendidikan bahasa Inggeris. Pihak sekolah sedang dalam usaha memantapkan bahasa Inggeris di sekolah berkenaan. Namun kesukaran mendapatkan pendidik dalam bidang berkenaan mengekang usaha mereka. Ketika ini sekolah berkenaan terpaksa menggajikan 2 orang guru bukan Islam yang berasal dari Filipina. Pihak sekolah berkenaan amat berharap dengan hubungan dengan Adni, sesuatu dapat dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

Program Thailand I











Salam








Ini beberapa gambar kami pada hari pertama di Thailand